Warga Gombak.. Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Pasang CCTV Untuk Rumah Atau Premis Perniagaan Anda
Semakin ramai orang pada masa
sekarang memilih untuk memasang CCTV rumah sebagai langkah keselamatan diri
mereka dan ahli keluarga.
Ia merupakan satu cara yang sangat
efektif dan tidak akan menyebabkan kos yang tinggi seperti yang dijangka oleh
kebanyakkan penduduk di Malaysia.
Di dalam artikel ini, kami akan
berkongsi kepada anda jenis-jenis CCTV rumah yang ada serta mengapa anda disarankan
untuk memasangnya di tempat duduk anda.
Teruskan membaca artikel ini untuk
mendapatkan maklumat yang berfaedah.
Jenis-Jenis CCTV Rumah
1. CCTV Day & Night
Jika kawasan rumah anda merupakan
kawasan yang mempunyai masalah, CCTV rumah ini sangat sesuai kerana ia boleh
digunakan dari pagi hingga ke malam.
Ini kerana ia direka untuk merakam dalam
pelbagai cuaca dan cahaya. Dengan kelebihan filter infrared dalam CCTV, ia
mampu untuk untuk menangkap pergerakan walaupun gelap jelita.
Jika terdapat apa-apa masalah pada waktu malam, maka anda tidak perlu risau kerana CCTV rumah ini boleh membantu anda.
2. CCTV Dome Indoor
Bagi mereka yang ingin memasang CCTV rumah di ruangan yang tertutup seperti di bilik-bilik, maka ini adalah pilihan yang sesuai.
CCTV rumah ini dibuat khas untuk memantau kawasan yang tertutup kerana ia tidak tahan terhadap cuaca seperti pilihan kamera yang lain.
Walaupun ia hanya sesuai
digunakan dalam rumah, ia dilengkapi dengan pelbagai fungsi yang menarik
seperti infrared dan kualiti yang high-definition.
3. IP Camera
Ini merupakan CCTV rumah yang sangat
menarik kerana pengguna boleh melihat secara langsung apa yang sedang dirakam
oleh kamera itu.
Ini kerana ia dihubungi dengan Wifi rumah anda dan membolehkan anda untuk memasuki login untuk mengakses rakaman tersebut.
Anda juga boleh terus save rakaman tersebut atau hantar secara emel kepada ahli keluarga anda dari CCTV rumah ini supaya mereka juga dapat melihat terus rakaman itu.
CCTV rumah yang seterusnya sesuai diletakkan di luar rumah kerana ia direka khas untuk bertahan jika cuaca teruk seperti hujan melanda kawasan tersebut.
Bentuk kamera ini juga membolehkannya untuk dilindungi dari cuaca matahari supaya ia dapat merakam tanpa masalah cahaya yang mungkin akan berlaku.
5. CCTV Bullet
Camera
Jenis CCTV rumah ini juga sesuai diletakkan di luar rumah anda kerana ia juga mampu menahan daripada cuaca seperti CCTV Dome Camera.
Namun, ia mempunyai bentuk reka yang berbeza dengan pilihan sebelum ini dan sesuai diletakkan di mana-mana kawasan rumah anda.
Mengapa Anda Perlu Memasang CCTV?
Di bahagian ini, kami akan
menerangkan kepada anda beberapa sebab anda disarankan untuk memasang CCTV
rumah.
1. Sebagai Langkah Keselamatan
Tugas CCTV rumah yang terbesar adalah untuk memantau kawasan sebagai langkah keselamatan. Ini kerana semakin banyak kes-kes yang kita lihat di berita pada masa kini.
Anda juga boleh menggunakan CCTV
untuk memantau orang di kawasan rumah anda kerana kita tidak kenal semua orang
dan niat yang ada pada mereka.
2. Untuk Keselamatan Keluarga
Anda juga disarankan untuk memasang
CCTV rumah untuk menjaga keselamatan keluarga anda.
Bagi mereka yang selalu outstation atau perlu meninggalkan kanak-kanak pada masa yang lama, anda boleh memantau mereka dengan bantuan CCTV rumah.
Ini akan melegakan anda serta memastikan anda tahu jika anak anda dalam keadaan yang selamat.
3. Untuk Mengelakkan Jenayah
CCTV rumah merupakan satu langkah untuk membanteras masalah ini kerana kebanyakkan penjenayah tidak akan memilih rumah yang dilindungi kerana mereka risau ditangkap.
4. Untuk Memantau Penjaga Rumah
Bagi mereka yang mempunyai pembantu
atau bibik di rumah, CCTV rumah merupakan pilihan yang bijak untuk memantau
mereka.
Ini kerana kita lihat semakin banyak kes pencurian oleh pembantu yang terus lari dari rumah atau masih duduk tetapi tidak mengaku tentang aksi pencurian mereka.
Tambahan pula, kita juga sering lihat kes dera yang dilakukan oleh pembantu rumah kepada kanak-kanak. Jika berlaku, anda boleh menggunakan rakaman sebagai bukti.
Kesimpulannya, CCTV rumah merupakan
satu pilihan yang sangat bagus untuk melindungi diri anda dan keluarga jika
terdapat masalah.
Jika anda mencari syarikat yang
menawarkan servis pemasangan CCTV yang berkualiti tinggi dan harga yang
kompetitif, anda boleh pilih FZH Technology!
Ini adalah beberapa sebab anda perlu memilih kami:
➤ Kami Syarikat Bumiputera berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang sekuriti industri.
Apa lagi anda tunggu? Anda boleh terus ke laman web kami untuk maklumat yang lebih lanjut.
Klik link di bawah untuk terus hubungi kami untuk maklumat berkenaan produk CCTV
Tiada ulasan:
Catat Ulasan